Wang kertas selalunya dinilai
mengikut kepada kualiti/keadaan wang kertas tersebut. Untuk menjadi seorang
pengumpul, kualiti adalah perkara utama yang harus dititikberatkan berbanding dengan
kuantiti. Terdapat beberapa klasifikasi
bagi penggredan wang kertas. Berikut adalah susunan gred-gred bagi kualiti wang
kertas:
1- UNCIRCULATED
(UNC)
Condition yang
sangat sempurna. Keadaan wang kertas bersih tanpa kesan pengendalian/penggunaan
& tiada perubahan warna. Semua penjuru wang tajam & tiada kesan
lipatan.
2- ABOUT UNCIRCULATED (AU)
Condition yang hampir
sempurna, dengan beberapa kesan pengendalian yang sangat minor. Mempunyai
sangat sedikit kesan lipatan sama ada di bahagian tengah atau penjuru (salah
satu sahaja). Permukaan yang bersih tanpa perubahan warna. Penjurunya juga
masih tajam. Tiada kesan calar/lubang/koyak.
3- EXTREMELY
FINE (EF)
Condition yang
amat attractive, dengan kesan pengendalian yang minor. Mempunyai maksimum 3
kesan lipatan & 1 kesan calar. Permukaan wang bersih tanpa perubahan warna.
Penjuru agak tajam. Wang tidak berlubang/terkoyak.
4- VERY
FINE (VF)
Condition yang
attractive, tetapi terdapat banyak kesan pengendalian & penggunaan.
Mempunyai beberapa kesan lipatan vertically & horizontally. Wang mempunyai
sedikit kotoran & warna sedikit pudar. Kertas masih crispy. Bahagian sisi
tidak terkoyak walaupun terdapat kesan penggunaan & tidak berlubang. Penjuru kurang
tajam.
5- FINE
(F)
Kesan penggunaan
yang agak kerap dapat dikesan. Terdapat banyak kesan lipatan, calar, kedutan
& sedikit kotoran. Sisi sedikit terkoyak, tetapi tidak memberi effect
kepada design. Warna jelas tetapi tidak terang. Terdapat sedikit kesan
lubang/lubang pin di bahagian sisi. Overall, appearance still acceptable.
6- VERY
GOOD (VG)
Wang yang kerap
digunakan/dipakai tetapi masih baik keadaannya. Banyak kesan lipatan &
calar. Penjuru tidak tajam & terkoyak hingga ke design. Warna pudar,
terdapat kotoran & lubang-lubang kecil kelihatan di tengah-tengah akibat
lipatan yang banyak. Kesan staple & pin kelihatan.
7- GOOD
(G)
Wang yang kerap
digunakan/dipakai. Kerosakan biasa seperti banyak kesan lipatan & calar,
kotor, kesan staple/pin, warna pudar, koyak, lubang di tengah-tengah &
terdapat kesan contengan. Secara keseluruhan, keadaan tidak menarik.
8- FAIR
(F)
Wang yang lenyai,
koyak, kotor & memang kerap digunakan. Koyak lebih banyak dan keadaan lebih
teruk dari ‘GOOD’ condition. Sebahagian permukaan hilang.
9- POOR
(P)
Sama seperti
‘FAIR’ condition. Bahagian-bahagian disambung dengan selofan tape.