Sunday, 12 February 2012

PENGGREDAN WANG KERTAS

Wang kertas selalunya dinilai mengikut kepada kualiti/keadaan wang kertas tersebut. Untuk menjadi seorang pengumpul, kualiti adalah perkara utama yang harus dititikberatkan berbanding dengan kuantiti.  Terdapat beberapa klasifikasi bagi penggredan wang kertas. Berikut adalah susunan gred-gred bagi kualiti wang kertas: 

1-      UNCIRCULATED (UNC)
Condition yang sangat sempurna. Keadaan wang kertas bersih tanpa kesan pengendalian/penggunaan & tiada perubahan warna. Semua penjuru wang tajam & tiada kesan lipatan.

2-      ABOUT  UNCIRCULATED (AU)
Condition yang hampir sempurna, dengan beberapa kesan pengendalian yang sangat minor. Mempunyai sangat sedikit kesan lipatan sama ada di bahagian tengah atau penjuru (salah satu sahaja). Permukaan yang bersih tanpa perubahan warna. Penjurunya juga masih tajam. Tiada kesan calar/lubang/koyak.

3-      EXTREMELY FINE (EF)
Condition yang amat attractive, dengan kesan pengendalian yang minor. Mempunyai maksimum 3 kesan lipatan & 1 kesan calar. Permukaan wang bersih tanpa perubahan warna. Penjuru agak tajam. Wang tidak berlubang/terkoyak.

4-      VERY FINE (VF)
Condition yang attractive, tetapi terdapat banyak kesan pengendalian & penggunaan. Mempunyai beberapa kesan lipatan vertically & horizontally. Wang mempunyai sedikit kotoran & warna sedikit pudar. Kertas masih crispy. Bahagian sisi tidak terkoyak walaupun terdapat kesan penggunaan  & tidak berlubang. Penjuru kurang tajam.  

5-      FINE (F)
Kesan penggunaan yang agak kerap dapat dikesan. Terdapat banyak kesan lipatan, calar, kedutan & sedikit kotoran. Sisi sedikit terkoyak, tetapi tidak memberi effect kepada design. Warna jelas tetapi tidak terang. Terdapat sedikit kesan lubang/lubang pin di bahagian sisi. Overall, appearance still acceptable.

6-      VERY GOOD (VG)
Wang yang kerap digunakan/dipakai tetapi masih baik keadaannya. Banyak kesan lipatan & calar. Penjuru tidak tajam & terkoyak hingga ke design. Warna pudar, terdapat kotoran & lubang-lubang kecil kelihatan di tengah-tengah akibat lipatan yang banyak. Kesan staple & pin kelihatan.

7-      GOOD (G)
Wang yang kerap digunakan/dipakai. Kerosakan biasa seperti banyak kesan lipatan & calar, kotor, kesan staple/pin, warna pudar, koyak, lubang di tengah-tengah & terdapat kesan contengan. Secara keseluruhan, keadaan tidak menarik.

8-      FAIR (F)
Wang yang lenyai, koyak, kotor & memang kerap digunakan. Koyak lebih banyak dan keadaan lebih teruk dari ‘GOOD’ condition. Sebahagian permukaan hilang.

9-      POOR (P)
Sama seperti ‘FAIR’ condition. Bahagian-bahagian disambung dengan selofan tape.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...