Sunday, 19 February 2012

PENGGREDAN WANG SYILING

Seperti wang kertas, wang syiling juga mempunyai beberapa gred yang tertentu. Berikut adalah kategori-kategori bagi penggredan wang syiling: 

1-      PROOF
Syiling dipotong menggunakan acuan yang disedia khas dan digilap. Proses penempaan dijalankan sebanyak 2 kali dengan mengenakan tekanan yang berlebihan untuk memastikan acuan dipenuhi sepenuhnya. Kriteria utama adalah mempunyai permukaan yang tajam, amat jelas & berkilau bagaikan cermin.

2-      FLEUR DE COIN (FDC)
Proses penempaan & kilauan yang sempurna, tanpa kesan calar & warna asal yang jernih. Biasanya di apply kepada syiling Proof kerana digunakan sewaktu production.

3-      BRILLIANT UNCIRCUATED (BU)
Kilauan yang baik & warna asal yang jelas. Tiada kotoran & tiada calar.

4-      UNCIRCULATED (UNC)
Kilauan yang masih baik tetapi terdapat kesan calar yang amat sedikit, mungkin disebabkan oleh ketidaksempurnaan semasa penempaan.

5-      EXTREMELY FINE (EF)
Terdapat sedikit kesan penggunaan. Permukaan terdapat  sedikit bintik/tompok. Masih tajam & warna masih baik.

6-      VERY FINE (VF)
Terdapat kesan penggunaan, kesan calar & tompok pada permukaan tetapi tulisan masih jelas kelihatan.

7-      FINE (F)
Masih mengekalkan design secara keseluruhan. Terdapat kesan calar & kesan pecah di bahagian sisi.

8-      GOOD (G)
Tulisan & gambar pada permukaan pudar tetapi masih boleh dibaca. Terdapat kesan calar & kesan pecah di bahagian sisi.

9-      POOR (P)
Tulisan & gambar pada permukaan amat sukar dibaca tetapi design masih boleh kelihatan. Tidak berbaloi untuk disimpan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...