Friday, 10 August 2012

UNCUT 3PCS RM10 SIGN AHMAD MOHD DON

Disebabkan kesibukan yang amat sangat maka dah lama saya tak update blog nie. Dalam masa yang sama, koleksi juga makin bertambah. =) Untuk pengetahuan semua, saya sememangnya sangat teruja dan berminat dengan duit uncut nie. Untuk post kali ini, saya nak share satu lagi koleksi saya>> duit uncut RM10.<<







Untuk koleksi uncut RM10 sign Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don, saya ada folder...hehe..

Ok, pada sesiapa yang berminat, details pasal duit ini:

3pcs Uncut
Condition: UNC
Harga: RM230




Friday, 30 March 2012

UNCUT 3PCS RM5 SIGN AHMAD MOHD DON

Ok, kali nie jom kita tengok pulak duit uncut 3pcs RM5 sign Ahmad Mohd Don. Duit uncut 3pcs RM5 nie, cuma ada dalam 20,000 pcs sahaja (include uncut 3pcs rm5 sign Ali Abul Hassan). So, sesiapa yang belum ada koleksi nie, silalah tambahkan koleksi anda ye... :)





3pcs Uncut
Condition: UNC
Harga: RM150


Friday, 24 February 2012

UNCUT 3 in 1 RM5 SIGN ALI ABUL HASSAN

Duit Uncut biasanya dikeluarkan oleh bank negara untuk tujuan pengumpul menambah koleksi mereka. Duit uncut tidak dipotong & terdapat dalam 3 jenis iaitu 3 in 1 Uncut, 8 in 1 Uncut & 30 in 1 Uncut. Tidak lengkap rasanya bagi seseorang pengumpul jika tidak memiliki sekurang-kurangnya 1 jenis duit uncut. 

3 pcs uncut
Printer: Thomas de la Rue
Conditon: UNC
Harga: RM150

Sunday, 19 February 2012

PENGGREDAN WANG SYILING

Seperti wang kertas, wang syiling juga mempunyai beberapa gred yang tertentu. Berikut adalah kategori-kategori bagi penggredan wang syiling: 

1-      PROOF
Syiling dipotong menggunakan acuan yang disedia khas dan digilap. Proses penempaan dijalankan sebanyak 2 kali dengan mengenakan tekanan yang berlebihan untuk memastikan acuan dipenuhi sepenuhnya. Kriteria utama adalah mempunyai permukaan yang tajam, amat jelas & berkilau bagaikan cermin.

2-      FLEUR DE COIN (FDC)
Proses penempaan & kilauan yang sempurna, tanpa kesan calar & warna asal yang jernih. Biasanya di apply kepada syiling Proof kerana digunakan sewaktu production.

3-      BRILLIANT UNCIRCUATED (BU)
Kilauan yang baik & warna asal yang jelas. Tiada kotoran & tiada calar.

4-      UNCIRCULATED (UNC)
Kilauan yang masih baik tetapi terdapat kesan calar yang amat sedikit, mungkin disebabkan oleh ketidaksempurnaan semasa penempaan.

5-      EXTREMELY FINE (EF)
Terdapat sedikit kesan penggunaan. Permukaan terdapat  sedikit bintik/tompok. Masih tajam & warna masih baik.

6-      VERY FINE (VF)
Terdapat kesan penggunaan, kesan calar & tompok pada permukaan tetapi tulisan masih jelas kelihatan.

7-      FINE (F)
Masih mengekalkan design secara keseluruhan. Terdapat kesan calar & kesan pecah di bahagian sisi.

8-      GOOD (G)
Tulisan & gambar pada permukaan pudar tetapi masih boleh dibaca. Terdapat kesan calar & kesan pecah di bahagian sisi.

9-      POOR (P)
Tulisan & gambar pada permukaan amat sukar dibaca tetapi design masih boleh kelihatan. Tidak berbaloi untuk disimpan.

Sunday, 12 February 2012

PENGGREDAN WANG KERTAS

Wang kertas selalunya dinilai mengikut kepada kualiti/keadaan wang kertas tersebut. Untuk menjadi seorang pengumpul, kualiti adalah perkara utama yang harus dititikberatkan berbanding dengan kuantiti.  Terdapat beberapa klasifikasi bagi penggredan wang kertas. Berikut adalah susunan gred-gred bagi kualiti wang kertas: 

1-      UNCIRCULATED (UNC)
Condition yang sangat sempurna. Keadaan wang kertas bersih tanpa kesan pengendalian/penggunaan & tiada perubahan warna. Semua penjuru wang tajam & tiada kesan lipatan.

2-      ABOUT  UNCIRCULATED (AU)
Condition yang hampir sempurna, dengan beberapa kesan pengendalian yang sangat minor. Mempunyai sangat sedikit kesan lipatan sama ada di bahagian tengah atau penjuru (salah satu sahaja). Permukaan yang bersih tanpa perubahan warna. Penjurunya juga masih tajam. Tiada kesan calar/lubang/koyak.

3-      EXTREMELY FINE (EF)
Condition yang amat attractive, dengan kesan pengendalian yang minor. Mempunyai maksimum 3 kesan lipatan & 1 kesan calar. Permukaan wang bersih tanpa perubahan warna. Penjuru agak tajam. Wang tidak berlubang/terkoyak.

4-      VERY FINE (VF)
Condition yang attractive, tetapi terdapat banyak kesan pengendalian & penggunaan. Mempunyai beberapa kesan lipatan vertically & horizontally. Wang mempunyai sedikit kotoran & warna sedikit pudar. Kertas masih crispy. Bahagian sisi tidak terkoyak walaupun terdapat kesan penggunaan  & tidak berlubang. Penjuru kurang tajam.  

5-      FINE (F)
Kesan penggunaan yang agak kerap dapat dikesan. Terdapat banyak kesan lipatan, calar, kedutan & sedikit kotoran. Sisi sedikit terkoyak, tetapi tidak memberi effect kepada design. Warna jelas tetapi tidak terang. Terdapat sedikit kesan lubang/lubang pin di bahagian sisi. Overall, appearance still acceptable.

6-      VERY GOOD (VG)
Wang yang kerap digunakan/dipakai tetapi masih baik keadaannya. Banyak kesan lipatan & calar. Penjuru tidak tajam & terkoyak hingga ke design. Warna pudar, terdapat kotoran & lubang-lubang kecil kelihatan di tengah-tengah akibat lipatan yang banyak. Kesan staple & pin kelihatan.

7-      GOOD (G)
Wang yang kerap digunakan/dipakai. Kerosakan biasa seperti banyak kesan lipatan & calar, kotor, kesan staple/pin, warna pudar, koyak, lubang di tengah-tengah & terdapat kesan contengan. Secara keseluruhan, keadaan tidak menarik.

8-      FAIR (F)
Wang yang lenyai, koyak, kotor & memang kerap digunakan. Koyak lebih banyak dan keadaan lebih teruk dari ‘GOOD’ condition. Sebahagian permukaan hilang.

9-      POOR (P)
Sama seperti ‘FAIR’ condition. Bahagian-bahagian disambung dengan selofan tape.

GABENOR BANK NEGARA


For the first entry, aku nak share tentang Bank Negara & gabenor-gabenornya, bcoz aku pasti ramai yang tidak ingat tentang siapa yang pernah menjawat jawatan sebagai gabenor Bank Negara.

Seperti yang kita tahu, Bank Negara Malaysia ialah bank pusat Malaysia dan telah ditubuhkan pada 26 Januari 1959. Setakat hari ini, Malaysia telah mempunyai seramai 7 orang gabenor Bank Negara.

Berikut adalah senarai gabenor Bank Negara semenjak ia ditubuhkan hingga kini:

Gabenor
Tahun
Tan Sri W H Wilcock
1959 – 1962
Tun Ismail bin Mohamed Ali
1962 – 1980
Tan Sri Abdul Aziz bin Taha
1980 – 1985
Tan Sri Dato’ Jaffar bin Hussein
1985 – 1994
Tan Sri Dato’ Ahmad bin Mohd Don
1994 – 1998
Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman
1998 – 2000
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz
2000 – semasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...